Sayu jer memijak bumi pagi Januari 2010. Sayu kerana telah berlalu usia kita yg tidak akan kembali lagi. Terlalu banyak dosa dan kemungkaran kita lakukan, sama ada sedar atau tidak... nampak atau tidak nampak. Beramal ibadah pun takde banyak mane pun. Itupun banyak sangat cacat celanya. Agak-agak Allah terima tak ibadah yg mcm tu?...
Mari kita sama2 bermuhasabah diri...membaiki diri ke arah yg lebih baik pd tahun baru ini... Kerana muslim yang baik itu sentiasa lebih baik hari ini daripada semalam.
When I see you,
I feel calm.
When I read you,
I feel peace.
When I heard you,
I feel comfort.
When I applied you,
I feel good.
You are very important for me,
Without you,
I feel messy.
Because of you,
I am organized.
Without you,
I was blind to this nasty world.
You are the words from God,
that will guide me.
You are the speech from God,
that will accompany me.
And, somebody ask, "who is the 'you' that I mean it?"
And, I answered, " 'you' is my beloved holy Qur'an"
"Ya Allah, jangan Engkau cabut rasa indah dalam hatiku, bilamana aku membaca, menyebut, menatap dan mendengar 'kalam-Mu'...surat cinta dari Mu"
-Hamba Mu yg kerdil-
Are we becoming like this?
Sesi temu ramah dengan pelajar perubatan tahun 4 USIM:
Wartawan celup: How would you describe ur CH posting in one word ??...
Person 1: Best!
Person 2: Relax!
Person 3: Enjoy je!
Person 4: Ntahler...
Person 5: Lain!
Person 6: Mendebarkan!...(rising up his head with a slow motion)
Wartawan celup: .....
(It's still vivid in my mind...hahah)
Posting ini sangat menyeronokkan bila semua orang saling bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain. Yes, it is different! Ia mengajar kami bagaimana untuk hidup berorganisasi dan bagaimana untuk bekerja. Everyone have to understand each other, understand their responsibilities, tidak boleh terlalu berkira dalam kerja, dan ikhlas melakukan kerja lillahi taala...sekiranya sume nilai-nilai ini diadun dan digabung menjadi satu, insya Allah pasti semua kerja akan berjalan lebih lancar. Mari kita sama-sama meningkatkan kualiti yang baik di kalangan kita dan membaiki segala kekurangan yang ada...
Finalization of report and exam is around the corner...
s/u HIV masih penin cmne nak buat post mortem report... Did anyone have an example of this kind of report?
Seorang sahabat seperjuanganku kehilangan seorang ayah di saat kami sedang bergelut dengan kesibukan 'community health' dan persiapan hari karnival. Al-Fatihah buat ayah kandungnya. Allah datangkan ujian demi ujian untuknya, seharusnya menjadikan dia lebih tabah...
Buat sahabatku ini, Allah lebih mengerti hatimu...Semoga tabah selalu. Anak yatim itu mulia. Baginda Nabi saw juga anak yatim. Walaupun kehilangan seorang ayah, tapi dikau masih punya seorang lagi ayah yang bagiku, dia tersangat-sangat menyayangimu...lebih lagi daripada ayah kandungmu.
Teringat pada satu kisah tauladan nabi yg saya baca dari emel sy dapat dr teman di Indonesia tentang kisah baginda yang suka membantu orang miskin dan anak-anak yatim...Kisahnya begini:
Pada suatu ketika... ada langkah sepasang kaki terhenti oleh senggukan gadis kecil di tepi jalan. 'Apakah gerangan yang membuat engkau menangis anakku?' lembut menyapa suara itu menahan beberapa detik senggukan sang gadis.
Gadis kecil itu tidak menoleh ke arah suara yang menyapanya. Matanya masih menerawang tak menentu seperti mencari sosok yang amat ia rindui kehadirannya di hari bahagia itu. 'Aku tak punya baju yang bagus untuk merayakan hari kemenangan.' Jawab si gadis kecil.
'Di mana ayahmu?' Tanya lelaki itu lagi. 'Ayahku mati syahid dalam sebuah peperangan bersama Rasulullah,' Tutur gadis kecil itu menjawab pertanyaan lelaki di hadapannya tentang ayahnya.
Lelaki itu mendakap gadis kecil itu. 'Mahukah engkau, seandainya Aisyah menjadi ibumu, Muhammad Ayahmu, Fatimah bibimu, Ali sebagai pamanmu, dan Hasan serta Husain menjadi saudaramu?' Sedarlah gadis itu bahawa lelaki yang sejak tadi berdiri di hadapannya tak lain tak bukan adalah Nabi Muhammad SAW, Nabi anak yatim yang senantiasa memuliakan anak yatim.
Begitulah lelaki agung itu membuat seorang gadis kecil yang bersedih di hari raya kembali tersenyum. Barangkali, itu senyum terindah yang pernah tercipta dari seorang anak yatim, yang diukir oleh Nabi anak yatim. Rasulullah membawa bersama gadis itu ke rumahnya untuk diberikan pakaian bagus. Terbasuhlah sudah airmatanya.
Tauladan Nabi
Tauladan Nabi harus pula difahami sebagai keseluruhan keperibadian Nabi dan akhlak baginda, yang dalam keperibadian dan akhlak baginda disebutkan dalam Kitab Suci sebagai teladan
yang baik (uswah hasanah) bagi kita semua "yang benar-benar berharap pada Allah pada Hari Kemudian, serta banyak ingat kepada Allah " (Q.S. al-Ahzab 33:32).
Dan baginda juga dilukiskan dalam Kitab Suci sebagai seorang yang berakhlak amat mulia (Q.S. al-Qalam 68:4). Dengan demikian dalam hal ini, tingkah laku dan keperibadian baginda sebagai seorang yang berakhlak mulia, menjadi pedoman hidup kedua setelah Kitab Suci bagi seluruh kaum beriman.
Tetapi justeru kerana itu memahami sunnah Nabi tidak dapat lepas dari memahami Kitab Suci.
Kerana sesungguhnya akhlak Nabi yang mulia itu tidak lain adalah semangat Kitab Suci al-Qur'an itu sendiri, sebagaimana dilukiskan A'isyah, isteri baginda. Dari Kitab Suci kita mengetahui lebih banyak perkembangan keperibadian Nabi yang menggambarkan pengalaman Nabi, baik yang menyenangkan atau tidak, yang keseluruhannya menampilkan sosok Nabi
yang berkeperibadian mulia. Dari pengamatan atas gambaran itu kita dapat memperoleh ilham tentang tauladan pada beliau, dan keseluruhan sasaran peneladanan itu tidak lain ialah sunnah nabi. Sebagai contoh, dua surah yang termasuk paling banyak dibaca dalam solat dapat kita renungkan maknanya di sini.
"Demi waktu dhuha dan demi malam apabila telah sunyi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkan
engkau (Muhammad), dan tidak pula murka. Dan pastilah kemudian hari lebih baik bagimu daripada yang permulaan. Dan kelak pastilah Tuhanmu memberikan kurnia-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas. Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, kemudian Dia melindungimu?! Dan Dia mendapatimu bingung, kemudian Dia membimbingmu?! Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, kemudian Dia memberikan kecukupan?! Maka kepada anak yatim, janganlah engkau mengherdik! Dan kepada peminta-minta, janganlah kamu membentak! Sedangkan berkenaan dengan nikmat Tuhanmu, engkau harus nyatakan (dengan bersyukur)" (QS. al-Dhuha 93:1-11)
"Bukankah Kami telah melapangkan dadamu? (Muhammad) Dan Kami bebaskan bebanmu, yang memberati punggungmu?! Serta Kami muliakan namamu?! Sebab sesungguhnya bersama kesulitan tentu ada kemudahan! Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), Dan kepada Tuhanmulah engkau berharap" (QS. al-Syarh 94:1-8)
Pengajaran ayat

Para ahli hampir semuanya bersepakat bahwa surat al-Dhuha turun kepada Nabi berkenaan dengan peristiwa terputusnya wahyu yang relatif panjang, sehingga menimbulkan ejekan dan sinisme kaum musyrik Makkah bahawa Allah SWT telah meninggalkan Nabi
dan murka kepadanya. Dari latar belakang turunnya, surah ini juga menggambarkan
tentang suatu dinamika pengalaman Nabi dalam perjuangan baginda, sehingga seperti dikatakan Sayyid Qutub, Allah menghiburkan beliau dan memberikannya sorongan moral, bahawa Allah sama sekali tidak meninggalkan baginda dan tidak pula murka.
Allah juga mengingatkan Nabi bahawa masa mendatang lebih penting daripada masa sekarang. Dalam terjemah kontemporerinya, Allah mengingatkan Nabi bahwa perjuangan jangka panjang yang strategis lebih penting daripada pengalaman jangka pendek yang taktis. Oleh kerana itu, hendaknya Nabi tidak putus asa atau kecil hati oleh pengalaman kekecewaan jangka pendek. Sebab, perjuangan besar selalu memerlukan waktu untuk mencapai hasil, dan semakin besar nilai suatu perjuangan, maka semakin panjang pula dimensi waktu yang diperlukannya. Dan dalam jangka panjang itulah, selama perjuangan diteruskan dengan penuh kesabaran dan harapan, Allah menjanjikan kemenangan yang bakal membuat beliau puas dan lega. (Janji Allah ini kelak ternyata terbukti dan terlaksana, berupa kemenangan demi kemenangan yang diraih Nabi setelah hijrah ke Madinah, dan beliau pun wafat memenuhi panggilan menghadap Allah dalam keadaan menang dan sukses luar biasa)
Bersama dengan itu, Allah juga mengingatkan akan masa lampau Nabi yang penuh kesusahan seperti keadaan beliau yang yatim-piatu, bingung tentang apa yang hendak dilakukan dan miskin, dan bagaimanaAllah telah menunjukkan kasih-Nya pada beliau dengan memberi kemampuan mengatasi kesusahan itu semua. Dan berdasarkan latar belakang itu maka Allah berpesan agar Nabi janganlah sampai mengherdik anak-yatim, atau membentak peminta-minta, dan selalu ingat dengan penuh syukur akan nikmat kurnia Allah SWT.