Pages

Sunday, March 14, 2010

Tahniah, Ijah


Tahniah, atas keputusan yang cemerlang. I'm proud of you. Ingatlah kejayaan kita jua kejayaan Islam!

Tahniah, kerana mampu membuktikan walaupun bukan 5A UPSR dulu, tp itu bukanlah ukuran utk tidak menggapai kejayaan seterusnya.

Tahniah, kerana telah membuat yang terbaik, dan hasilnya... Allah berikan juga yang terbaik.

Cita-cita dan matlamat yg selalu kita ulang2 jgn biarkan ia menjadi sekadar ungkapan kosong tanpa makna, tp perlu diseimbangkan dgn usaha dan gerak kerja yg hebat.

Mengutip pesanan syeikh-syeikh dari Palestin, supaya sentiasa menjaga keikhlasan dalam beramal dan setiap gerak kerja. "Melakukan sesuatu perkara tanpa mengharap balasan, bekerja dan berikhtiar tanpa meletakkan janji-janji palsu dan dibuktikan dalam amalan dan tindakan diri adalah juga mencakupi konsep ikhlas."

Keikhlasan bekerja dan fokus dalam tindakan mampu memberi kemenangan dan kejayaan dalam sesuatu yang dilakukan. Apabila adanya ikhlas, akan datangnya pengharapan kepada yang Maha Esa. Maka, biarpun kadangkala kita terlupa dan terlalai, kita akan kembali diingatkan bahawa segala-galanya adalah daripada Allah SWT dan segala yang kita lakukan di nilai di akhirat, bukannya pada kaca mata masyarakat. (borrow some quote fr 'dr waqipedia' ^_^)

Satu perkara yang saya sentiasa doakan sbg seorang kakak... smg resultnya dpt menjamin tarbiyahnya dan agar dia mampu membantu agama Allah dengan kejayaannya. Alhamdulillah, syukur atas segala kurnia-Nya. Kita kembalikan pujian kita selayaknya pd Dia yg Maha Memberi...

Last but not least, jangan sia-siakan momentum yg dahpun dimulakan sebelum berjuang menghadapi exam. Teruskan walaupun sekarang dah boleh menarik nafas lega bila result dah kluar. Manfaatkan masa lapang sekarang sebaik-baiknya utk peningkatan iman, pengetahuan dan amalan. Kerana sabda Nabi saw: 2 nikmat yg sering manusia lupakan adalah nikmat sihat dan masa lapang. Jgn sampai bila kehilangan 2 nikmat ni, bru nak mula menghargai....Selalu ingatkan diri agar tidak menjd org yg rugi...

Muke serius tak tahan...