Tauladan Nabi saw, pedoman akhlak mulia...
7:16 AMSeorang sahabat seperjuanganku kehilangan seorang ayah di saat kami sedang bergelut dengan kesibukan 'community health' dan persiapan hari karnival. Al-Fatihah buat ayah kandungnya. Allah datangkan ujian demi ujian untuknya, seharusnya menjadikan dia lebih tabah...
Buat sahabatku ini, Allah lebih mengerti hatimu...Semoga tabah selalu. Anak yatim itu mulia. Baginda Nabi saw juga anak yatim. Walaupun kehilangan seorang ayah, tapi dikau masih punya seorang lagi ayah yang bagiku, dia tersangat-sangat menyayangimu...lebih lagi daripada ayah kandungmu.
Teringat pada satu kisah tauladan nabi yg saya baca dari emel sy dapat dr teman di Indonesia tentang kisah baginda yang suka membantu orang miskin dan anak-anak yatim...Kisahnya begini:
Pada suatu ketika... ada langkah sepasang kaki terhenti oleh senggukan gadis kecil di tepi jalan. 'Apakah gerangan yang membuat engkau menangis anakku?' lembut menyapa suara itu menahan beberapa detik senggukan sang gadis.
Gadis kecil itu tidak menoleh ke arah suara yang menyapanya. Matanya masih menerawang tak menentu seperti mencari sosok yang amat ia rindui kehadirannya di hari bahagia itu. 'Aku tak punya baju yang bagus untuk merayakan hari kemenangan.' Jawab si gadis kecil.
'Di mana ayahmu?' Tanya lelaki itu lagi. 'Ayahku mati syahid dalam sebuah peperangan bersama Rasulullah,' Tutur gadis kecil itu menjawab pertanyaan lelaki di hadapannya tentang ayahnya.
Lelaki itu mendakap gadis kecil itu. 'Mahukah engkau, seandainya Aisyah menjadi ibumu, Muhammad Ayahmu, Fatimah bibimu, Ali sebagai pamanmu, dan Hasan serta Husain menjadi saudaramu?' Sedarlah gadis itu bahawa lelaki yang sejak tadi berdiri di hadapannya tak lain tak bukan adalah Nabi Muhammad SAW, Nabi anak yatim yang senantiasa memuliakan anak yatim.
Begitulah lelaki agung itu membuat seorang gadis kecil yang bersedih di hari raya kembali tersenyum. Barangkali, itu senyum terindah yang pernah tercipta dari seorang anak yatim, yang diukir oleh Nabi anak yatim. Rasulullah membawa bersama gadis itu ke rumahnya untuk diberikan pakaian bagus. Terbasuhlah sudah airmatanya.
yang baik (uswah hasanah) bagi kita semua "yang benar-benar berharap pada Allah pada Hari Kemudian, serta banyak ingat kepada Allah " (Q.S. al-Ahzab 33:32).
Dan baginda juga dilukiskan dalam Kitab Suci sebagai seorang yang berakhlak amat mulia (Q.S. al-Qalam 68:4). Dengan demikian dalam hal ini, tingkah laku dan keperibadian baginda sebagai seorang yang berakhlak mulia, menjadi pedoman hidup kedua setelah Kitab Suci bagi seluruh kaum beriman.
Tetapi justeru kerana itu memahami sunnah Nabi tidak dapat lepas dari memahami Kitab Suci.
Kerana sesungguhnya akhlak Nabi yang mulia itu tidak lain adalah semangat Kitab Suci al-Qur'an itu sendiri, sebagaimana dilukiskan A'isyah, isteri baginda. Dari Kitab Suci kita mengetahui lebih banyak perkembangan keperibadian Nabi yang menggambarkan pengalaman Nabi, baik yang menyenangkan atau tidak, yang keseluruhannya menampilkan sosok Nabi
yang berkeperibadian mulia. Dari pengamatan atas gambaran itu kita dapat memperoleh ilham tentang tauladan pada beliau, dan keseluruhan sasaran peneladanan itu tidak lain ialah sunnah nabi. Sebagai contoh, dua surah yang termasuk paling banyak dibaca dalam solat dapat kita renungkan maknanya di sini.
"Demi waktu dhuha dan demi malam apabila telah sunyi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkan
engkau (Muhammad), dan tidak pula murka. Dan pastilah kemudian hari lebih baik bagimu daripada yang permulaan. Dan kelak pastilah Tuhanmu memberikan kurnia-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas. Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, kemudian Dia melindungimu?! Dan Dia mendapatimu bingung, kemudian Dia membimbingmu?! Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, kemudian Dia memberikan kecukupan?! Maka kepada anak yatim, janganlah engkau mengherdik! Dan kepada peminta-minta, janganlah kamu membentak! Sedangkan berkenaan dengan nikmat Tuhanmu, engkau harus nyatakan (dengan bersyukur)" (QS. al-Dhuha 93:1-11)
"Bukankah Kami telah melapangkan dadamu? (Muhammad) Dan Kami bebaskan bebanmu, yang memberati punggungmu?! Serta Kami muliakan namamu?! Sebab sesungguhnya bersama kesulitan tentu ada kemudahan! Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), Dan kepada Tuhanmulah engkau berharap" (QS. al-Syarh 94:1-8)
Pengajaran ayat
dan murka kepadanya. Dari latar belakang turunnya, surah ini juga menggambarkan
tentang suatu dinamika pengalaman Nabi dalam perjuangan baginda, sehingga seperti dikatakan Sayyid Qutub, Allah menghiburkan beliau dan memberikannya sorongan moral, bahawa Allah sama sekali tidak meninggalkan baginda dan tidak pula murka.
Allah juga mengingatkan Nabi bahawa masa mendatang lebih penting daripada masa sekarang. Dalam terjemah kontemporerinya, Allah mengingatkan Nabi bahwa perjuangan jangka panjang yang strategis lebih penting daripada pengalaman jangka pendek yang taktis. Oleh kerana itu, hendaknya Nabi tidak putus asa atau kecil hati oleh pengalaman kekecewaan jangka pendek. Sebab, perjuangan besar selalu memerlukan waktu untuk mencapai hasil, dan semakin besar nilai suatu perjuangan, maka semakin panjang pula dimensi waktu yang diperlukannya. Dan dalam jangka panjang itulah, selama perjuangan diteruskan dengan penuh kesabaran dan harapan, Allah menjanjikan kemenangan yang bakal membuat beliau puas dan lega. (Janji Allah ini kelak ternyata terbukti dan terlaksana, berupa kemenangan demi kemenangan yang diraih Nabi setelah hijrah ke Madinah, dan beliau pun wafat memenuhi panggilan menghadap Allah dalam keadaan menang dan sukses luar biasa)
Bersama dengan itu, Allah juga mengingatkan akan masa lampau Nabi yang penuh kesusahan seperti keadaan beliau yang yatim-piatu, bingung tentang apa yang hendak dilakukan dan miskin, dan bagaimanaAllah telah menunjukkan kasih-Nya pada beliau dengan memberi kemampuan mengatasi kesusahan itu semua. Dan berdasarkan latar belakang itu maka Allah berpesan agar Nabi janganlah sampai mengherdik anak-yatim, atau membentak peminta-minta, dan selalu ingat dengan penuh syukur akan nikmat kurnia Allah SWT.
2 comments