Pages

Sunday, September 26, 2010

Kick the worry habit!...(◦'⌣'◦)

Salam wbt. and dear frenz...
Sorry for little late of overstatement.
greater happiness course tertunda utk 2 minggu lamanya kerana hari raya dan full lecture class n assgnment. berikut adalah sambungannya...
Sedikit yg boleh dikongsikan dr buku motivasi tulisan Andrew Matthews.

Day 3 of Greater Happiness Course...(◦'⌣'◦)
KICK THE WORRY HABIT

Most of us WORRY.
Some people will even tell you that you SHOULD worry!
But worrying is worse than USELESS!

Firstly, it attracts misfortune.
Secondly, it is bad for your health!

So what should you do about worry?
POSTPONE it!

TAKE ACTION first - and postpone worry indefinitely.
That's what effective people do.

Here is your mission for the next 24 hours:
Whenever you want to worry, ask yourself, "What is the problem RIGHT NOW?"

Guess what you'll find ...
Unless you are in a life threatening situation, you DON'T have a problem.

Look at your life.
Has there ever been a situation you didn't survive?
There hasn't!

You can HANDLE the present.
It is just the FUTURE that gives you trouble!
So your mission is to focus on the present.

Your mind will want to drift into the future.
Your mind will want to ask questions like: "What happens if ...?"

Drag it back to the PRESENT.

Tell yourself:
"If there is SOMETHING I can do now, I will do it."
"If there is NOTHING I can do right now, I refuse to worry."

Make this your motto:
"I take whatever action I can now - and I postpone worry!"
"I deal with problems MOMENT BY MOMENT."

*****
Andrew Matthews

Saturday, September 18, 2010

Maaf zahir batin....

Dari lubuk hati yg paling dalam, saya memohon maaf zahir dan batin... dr semua : umi abah, along, adik-adik, sanak saudara sebelah umi juga sebelah abah, cikgu2, lecturer2, dokter2, staf2 hospital yg mengenali, sahabat2 jauh dan dekat, rumate, housemate...dan semua yg mengenali diri ini...secara lansung atau tidak lansung...
semoga Allah menerima ibadah Ramadhan kita... dan memberi kita kemenangan... Aamiin!
Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Friday, September 17, 2010

Pesanan Untuk Orang Cantik...

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.

Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.

Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.

Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.

Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.

Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangan Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah.

Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.

Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!

Jamuan Raya 2010 di SMAKL, T'ganu


"As the tree of iman blossoms, it produces flowers of ukhuwah"