In memories....Hidup ini suatu ketentuan. Mati itu satu kepastian..
9:54 AMBilamana nasyid 'pergi tak kembali' berkumandang di radio IKIM, liriknya cukup menyentuh hati...mcm betul2 ustaz asri nyanyi utk dirinya...Al-Fatihah buat Ustaz Asri Rabbani...Semoga ALLAH meletakkan beliau dalam golongan soleh dan mengampuni beliau, dan menjadikan segala sumbangan beliau dalam bidang dakwah nasyid sebagai 'ibadah bagi beliau. Moga juga ALLAH berikan kesabaran kepada keluarga dan sahabat handai yang ditinggalkan.
Antara bait-bait menarik tinggalan allahyarham buat renungan kita semua..
"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."
Indahnya hidup, jika akhirat menjadi tempat tujuan. Cemerlangnya hidup seorang muslim yang penuh motivasi. Gemilangnya hidup seorang manusia, jika mempunyai takwa. Terbilangnya hidup seorang insan, jika matinya mati syahid.
Pergi tak kembali. Tajuk lagu yang menyentuh. Namun bagi mereka yang syahid.. pemergian itulah yang dinanti. Pemergian yang sebenar-benarnya kembali. Kembali ke pangkuan sang Pencipta.
Ustaz Asri Ibrahim, pergi seminggu sebelum Ramadhan 1430H. Indahnya minggu kedua di alam kubur. Dengan rahmat dilimpah ruahkan, dengan azab diberhentikan.
Hari ke hari, semakin ramai teman ku berkahwin. Hari ke hari, semakin ramai teman kenalan taulan ku meninggal. Antara alam perkahwinan dan alam perkuburan. Antara suatu Sunnah Rasulullah dan sunnatullah. Antara dua malam pertama yang berbeza. Antara pilihan dan kepastian. Manusia datang dan pergi.
Hidup ini suatu ketentuan. Mati itu satu kepastian. Coraklah kehidupan kita supaya indahnya kematian kita. Masih ada waktu untuk kita menentukan cara kematian kita. Corakkanlah dari sekarang. Setiap amalan kita bergantung kepada pengakhiran dan penamat kita. Matilah dalam berusaha dan bekerja.
Bagaimana jika mati kita dalam keadaan baru bertukar dari nasyid kepada dunia muzik-muzik yang penuh angan-angan? Baru bertukar dari lelaki menjadi wanita? Kita semua mempunyai perjanjian yang pasti. Namun, kita jua yang menentukan janji baik atau janji buruk yang bakal kita terima nanti.
1 comments