Syarat-syarat bermaksiat...
12:37 AMTerasa diri sebagai pelaku Maksiat Tegar??
Teruskan bacaan kalian..
Syarat-Syarat yang membolehkan anda bermaksiat:
1.Jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.
Walhal:
Dari mana kita mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
Ya!
Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?
2. Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!
Walhal:
fikirkanlah, apakah kita layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kita melanggar segala laranganNya?
3. Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!
Walhal:
Mana mungkin Allah tidak melihat kita?
Ya,
kalau memang yakin demikian, apakah kita masih berkeinginan melakukan maksiat?
4. Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.
Walhal:
mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaan kita? kalau kita sudah meyakini bahawa kita tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana kita boleh lari dari kemurkaan Allah?
5. Kalau malaikat Zabaniyah Datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.
Walhal:
sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan kita menolak kehendakNya.
Bagaimana??
Anda mampu melaksanakan kesemua syarat-syarat diatas??
Masih mahu gelaran itu??
Tepuk dada tanya IMAN.
” Jangan diukur berapa kecil atau besar nilai satu dosa, tapi lihatlah kepada siapa anda bermaksiat!!”
Allahualam.
1 comments